Saturday, 28 February 2009

Yong Traditional Health Recovery Centre




Yong Traditional Health Recovery Centre menggabungkan terapi tradisional dengan perubatan moden. Kami memperkenalkan konsep rawatan yang baru dan menyediakan kaedah pemeliharaan kesihatan Tionghua yang menyeluruh agar semua orang dapat menikmati pemeliharaan kesihatan yang sempurna. Kaedah pemeliharaan kesihatan Tionghua dan ubat Cina bukan setakat merawat penyakit sahaja, tetapi merangkumi pemeliharaan kesihatan, regimen dan pencegahan penyakit. Ini merupakan satu konsep pengurusan yang baru bagi dunia perubatan Cina.

Yong Traditional Health Recovery Centre manghancurkan konsep mengenai tradisional dan moden, menerobos batasan dunia Timur dan Barat, manggabungkan kebijaksaanan tradisional dan teknologi moden, dengan demikian membawa kaedah pemeliharaan kesihatan Tionghua ke arena antarabangsa.

Dari aspek pemeliharaan kesihatan Tionghua, masalah kesihatan harus ditinjau dari seluruh badan dan bukan mana-mana bahagian badan sahaja. Oleh yand demikian, kaedah pemeliharaan kesihatan Tionghua mementingkan rawatan keseluruhan. Selain daripada rawatan, emosi, cuaca dan alam sekitar turut memainkan peranan yang penting.

Oleh itu, datang ke Yong Traditional Health Recovery Centre bermakna memilih sejenis sikap kesihatan, memilih sejenis kaedah kehidupan yang relaks dan tanpa tekanan.

Yong Traditional Health Recovery Centre terdiri daripada lima bahagian.

1. Bahagian Pemeliharaan Kesihatan
2. Bahagian Perubatan
3. Bahagian Kehidupan
4. Bahagian Regimen
5. Bahagian Kecantikan

No comments:

Post a Comment